BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, June 3, 2011

dia sudah kembali menemui kita...=)

assalamualaikum sume.....

lama dah kan aku x tulis entry kat sini... busy siket la sejak 2 menjak nie.. alhamdulillah program focX (program yang aku & kawan2 aku rancang untuk pelajar2 form 3,4,&5 kaa SMKTHO) sudah selesai dengan jayanya.. 

entry aku kali nie bukan nyer nak citer pasal program tu... 

wah!!! aku begitu teruja... nak taw kenapa?? dia sudah kembali menemui kita!!! siapa tu?? jawapannya : BULAN REJAB la... dan x lama lagi bulan syaaban & bulan ramadhan pula akan menyusul... 

urm... pantas nyer masa berlalu.. 

7 tahun yang lalu, aku sering berpuasa di asrama with my friends.. tapi untuk tahun nie, aku berkesempatan berpuasa pada ketiga-tiga bulan ini di rumah with my family... x kan ku lepaskan peluang keemasan ini...


" semua manusia dalam kelaparan pada hari kiamat kecuali nabi-nabi dan keluarga mereka, juga orang yang berpuasa pada REJAB, SYAABAN & RAMADHAN. sesungguhnya mereka dalam keadaan kenyang, tidak lapar & tidak haus ".. 
                                                      
   (hadith riwayat SAIDATINA AISYAH R.A...)

haa... pe lagi... JOM lah kita tingkatkan amalan kita... TOPUP segala amalan yang dulu kita x buat... tinggalkan segala perkara2 yang negatif.... AMAR MAKRUF, NAHI MUNGKAR.!! 


                        إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ

"Sesungguh amalan-amalan itu dikerjakan dgn niat."

INGAT KAWAN - KAWAN... segala amalan kita mesti lah dimulakan dengan niat.. jika niat yang baik maka ALLAH akan memberi balasan yang baik... dan juga sebaliknya.. kita juga mestilah melakukannya dengan ikhlas kerana ALLAH S.W.T...

Ulama berkata bulan Rejab adalah bulan istighfar. Maka perbanyakkan istighfar di dalamnya kerana dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Ad-Dailami oleh Saiyidina Ali Ibn Abi Talib. Rasulullah bersabda yang ertinya, "Banyakanlah beristighfar di bulan Rejab kerana pada setiap saat di dalamnya Allah menyelamatkan (seorang) dari api neraka." 

sama-samalah kita membuat amal ibadah sementara ALLAH memberi kita peluang untuk bernafas di muka bumi ini... semoga ALLAH menerima segala amalan yang telah kita lakukan..

sekian... 

wasalam...

0 comments: